Interview IPG 2015 (Temuduga Perguruan 2015)

Untuk sesiapa yang berminat atau memang bercita cita untuk menjadi seorang pendidik, bismillah….

PISMP bermaksud Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan . Program ni tempohnya 5 tahun iaitu 4 tahun belajar dan  1 tahun persediaan sebelum ditempatkan ke sekolah.  Kementerian Pendidikan akan buka permohonan dipertengahan Februari dan tutup seminggu selepas keputusan spm diumumkan.

Tips –  pilih course bersesuaian dengan keputusan spm.

Dua minggu lepas tu, dah boleh buat semakan untuk stage pertama – Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Ada 2 jenis. Satu ujian objektif (130+ soalan dalam masa 40 minit), satu ujian kecergasaan. Ujian kecergasaan terbahagi kepada lima. Ya 5, antaranya lari, lompat, ukur bmi, sit up dan tunduk tepuk dinding . Pakaian? Sport attire.

Tips – Jangan lupa jawab semua soalan , kalau tak sempat  jangan tinggal kosong sebab mostly calon akan anggap kalau tak jawab lagi selamat dari jawab and salah. Ure totally wrong my dear……. 

Lepas UKCG habis, kementerian akan panggil calon guru untuk  temuduga dan syukur aku salah seorang daripadanya. Before interview, typical orang akan buat – sediakan pakaian sesuai , borang2 yang penting dan baca pengalaman2 org yang lepas. Sebab nak jadi cikgu kenalah tahu serba sedikit tentang hal hal semasa, dasar pendidikan semua. Nanti sebelum mula sesi interview , sorang pensyarah akan panggil masuk dewan and briefing apa yang patut such as, penyusunan sijil , tempat dan sesi berapa.

‘ Seramai 70 ribu orang yang memohon,12 ribu dipanggil akan dipanggil temuduga dan hanya 3200 calon guru akan berjaya ditempatkan di 27 ipg seluruh Malaysia ’

Aku sesi ketiga, bilik D.

Tips – bawak air dan berkenalan dgn yang lain untuk kurangkan rasa gemuruh

Aku ringkaskan, masuk dalam bilik dia akan susun kita ikut susunan, aku kerusi yang ke 6 tak silap ( 7 perempuan dan seorang lekaki) Dia suruh perkenalkan diri untuk sesi sempoi before masuk sesi serious aduh.  Penemuduga akan tayang video dan akan Tanya soalan berkaitan video. Lain orang lain soalan. Antara soalan yang aku ingat tak ingat ;
–          Apa pendapat kamu tentang video tersebut?
–          Dalam video tadi ada lagu Ini tidak adil kan? Kenapa dia rasa tak adil?
–          Apa tindakan kamu sebagai kaunselor kalau ayah dia tak jaga dia tapi mak dia jaga dia?
Lepas bincang pasal video, kami dikehendaki berbincang dengan sesama ahli kumpulan tentang kesan pengaibaian ibubapa kepada kanakkanak. Jangan lupa bagi peluang dekat orang lain cakap. Then dia Tanya pasal isu semasa dan isu pendidikan zaman sekarang. Habis isu yang aku sendiri blank nak cakap apa, dia akan test bahasa kedua iaitu bahasa inggeris. Soalan dia “ why is the good qualities in you to be a teacher’’. Penemuduga aku seorang melayu seorang india. Both of them sangat best since depa tak banyak songeh or garang or Tanya soalan susah susah.

Tips- biar tak cakap panjang janji isi awak mudah difahami dan padat

Terima kasih kepada yang mendoakan, pemberi dorongan dan cakap ‘ good luck’. Jujur aku cakap, ucapan sebegitu memang diperlukan semasa aku tengah nervous dan eksaited keke. Alhamdullilah my interview went very well walaupun ada sedikit penyesalan sebab tak yakin dengan diri sendiri.

Antara rakan rakan seperjuangan yg lepas both stages =

Ezzety Zaki  – Sains

Hafizzuddin Yahya – Bahasa Melayu

Aida Husna- Pendidikan Jasmani

Husna Shaarin- Matematik

Suhaiba Mahadzir – Kaunseling

Farhana Fadzil –

Azim Azlan – Sejarah

Please leave your comments below if you have any questions to ask! Will be glad to help 🙂

By Natasya Afiqah ex Kuparian

6 thoughts on “Interview IPG 2015 (Temuduga Perguruan 2015)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s